Oleh: yan imaka | April 14, 2008

Ajaran Yesus

Yesus Ingin Menyelamatkan Anda Anda inginYesus Kristus menyelamatkan anda ? Jika anda tidak mendengar, bagaimanakah anda dapat percaya ? Bolehkah ada orang yang percaya, jika sesuatu itu tidak di beritakan atau diwartakan? Iman kepada Tuhan datang daripada mendengar, dan mendengar daripada mulut atau kata-kata Yesus Kristus. Manusia tidak mungkan dapat di selamatkan tanpa mendengar kata-kata Tuhan, kerana Roh Kudus itulah yang membuktikan dosa dengan penuh kebenaran dan ketulusan. Roh Kuduslah yang membuktikan keadilan Tuhan, apabila Ianya memperkatakan keadilan Tuhan. Tuhan adalah Maha besar dan berkuasa, walaubagaimanapun, Ia telah merapatkan penyelamatan manusia dengan firmanNya, dan juga dengan penyelamatan yang di perolehi, di Kalvari. Kehilangan Kemuliaan Allah/Tuhan Sabda Tuhan ada mengatakan bahawa Karena semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah, (Rom 3:23) dan oleh kasih karunia telah dibenarkan dengan cuma-cuma karena penebusan dalam Kristus Yesus. (Rom 3:24) Tiada seorang pun yang boleh menyelamatkan diri mereka sendiri atau pun dengan perbuatan mereka dan juga dengan upacara atau istiadat keagamaan. Dosa itu membawa penghambaan kepada kehidupan manusia kerana dosa itu membuatkan manusia bergantung kepada dosa itu sendiri. Al Kitab mengajar bahawa syaitan itu menghendaki manusia tunduk kepada dia dan melakukan apa yang di suruh oleh syaitan itu sendiri. Dosa itu sebenarnya menghiburkan seorang itu untuk satu jangka waktu yang pendek atau untuk sementara sahaja, tetapi, akhirnya manusia itu akan terperangkap dalam kesengsaraan dan kehilangan kemuliaannya sebagai ciptaan Tuhan Allah. Diantara dosa dosa yang ada pada manusia, dosa yang melibatkan badan dan nafsu manusia itu lah yang terbesar sekali kerana tubuh badan kita adalah Bait Roh Kudus sendiri. Perbuatan melancap adalah dosa terhadap Bait Tuhan Allah sendiri, dan apabila mereka mendirikan rumahtangga, mereka tidak ada upaya untuk melayani sesama, oleh kerana telah melayani diri mereka sendiri selama ini. Al Kitab juga mewartakan bahawa Sebab upah dosa ialah maut; tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. (Rom 6:23) Keinsafan dan Pengampuan Bagaimanakah Yesus Kristus itu menyelamatkan kita ? Yesusmenunjukkankepada kita dosa kita dan juga akibatnya , iaitu pengsengsaraan dalam api neraka untuk selama lamanya. Tetapi Yesus juga menawarkan kepada kita pengampunan bagi dosa itu, dengan Kalvari, dimana, dalam penuh kesengsaraan Dia telah wafat untuk menebus dosa dosa manusia. Ini adalah kerana cintakasih Tuhan terhadap manusia. Penebusan ini di beri dengan percuma oleh Tuhan Allah sendiri melalui Yesus Kristus, tidak dapat diperolehi melainkan dengan pertobatan. Yesus Kristus sendiri mengatakan dalam Injil Markus : “Waktunya telah genap;Kerajaan Allah sudah dekat. Bertobatlah dan percayalah kepada Injil!” (Mar 1:15) Bertaubat itu bermakna bahawa kita menoleh dari dan menolak dosa itu sama sekali serta bersandar kepada kasih karunia Tuhan Allah Itu sendiri, seperti mana yang di katakan disini : Allah Bapa kita telah menghidupkan kita bersama-sama dengan Kristus, sekalipun kita telah mati oleh kesalahan-kesalahan kitaoleh kasih karunia kamu diselamatkan– Eph 2:5 Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, Eph 2:8 Manusia itu sendiri tidak mungkin dapat menyelamatkan dirinya, melainkan dengan penyaliban Yesus Kristus. Ini berlaku apabila manusia menerima sabda Tuhan Allah yang diberikan tadi, dari surat kepada Efesus. Ini lah kasih karunia Tuhan Allah sebenarnya, dimana manusia menjalankan hidupnya dengan bersandarkan kasih karunia itu. Kasih karunia Tuhan Allah Itu lah yang dapat menyelamatkan manusia daripada penghambaan dosa dan juga Syaitan. Cintakasih Tuhan Allah Tuhan Allah amat mengasihi manusia dan tidak ingin melihat manusia itu binasa sama sekali. Tuhan Allah juga mengingini manusia itu mengasihi Tuhan Allah. Kenapakah Tuhan Allah mengingini kasih manusia ? Sesiapa itu yang mengasihi Tuhan Allah akan mentaati perintah perintah Tuhan Allah. Segala perintah Tuhan Allah itu melindungi kita, tetapi dosa itu membinasakan diri kita. Sebab inilah Tihan Allah menghendaki kasih kita, sebab kecuali ini, kita akan binasa. Cintakasih Tuhan Allah tidak mungkin dapat di gambarkan dengan perkataan sahaja. Hanya ada satu jalan sahaja untuk kita memahami Cinta kasih Tuhan Allah, ia itu dengan membenarkan Tuhan Allah mengasihi kita. Adakah anda mengingini penyelamatan dan penglibatan dalam Cinta kasih Tuhan Allah? Yesus Kristus memanggil anda, hai kawan ! Paulus, yang telah menyiksakan pengikut-pengikut Yesus Kristus, telah mengalami pertobatan yang hebat, justeru percaya kepada Yesus Kristus. Hidupnya berubah dan mulalah Paulus mewartakan Injil Yesus Kristus. Apakah yang diwartakannya itu ? Sabda Tuhan Allah dalam Injil Yesus Kristus memberitahu kita bahawa Paulus mulai berkhotbah sehingga manusia telah celik mata mereka, dan telah insaf dari dosa mereka, dari kegelapan menuju ke Cahaya, daripada cengkaman syaitan kepada belaian Tuhan Allah Bapa , supaya mereka dapat memperolehi pengampunan dosa serta pewarisan dikalangan mereka yang sedang disucikan melalui iman mereka terhadap Yesus Kristus. Injil Yesus Kristus mengatakan bahawa segala manusia telah berdosa dan disingkirkan dari kemuliaan Tuhan Allah. Injil itu mewartakan bahawa : Sebab upah dosa ialah maut; tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita. Rom 6:23 Tuhan Yesus Kristus telah sanggup mati di atas salib untuk memperolehi kehidupan yang kekal untuk anda. Bagaimanakah anda boleh memperolehi hidup kekal dan pengampunan dosa ?


Responses

  1. klo kelahiran kamu gimana….
    pasti….
    lucu…
    N ngea……ngea…..ngea….


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: